5 Tips Jimat Untuk Pembaca Novel

Bagi pembaca novel, memiliki buku sendiri itu merupakan satu kepuasan. Lebih-lebih lagi, jika buku yang kita mahu itu ingin dijadikan koleksi sendiri. Sebenarnya, ada banyak cara kita boleh berjimat walaupun kita mempunyai hobi membaca ini. Mari kita cuba 5 cara ini:

1)     Pinjam di perpustakaan atau (kawan)

Haaa siapa di sini yang masih pergi ke Perpustakaan? Cuba angkat tangan. Sekarang, sudah semakin banyak perpustakaan yang mengalukan pembaca hadir ke perpustakaan mereka. Jujur, saya sendiri sudah lama tidak ke sana. Tapi jika sudah berada di sana, rasa tidak mahu pulang pula. Lagi-lagi dengan pelbagai pilihan buku yang boleh kita pinjam tanpa ada bayaran! Tapi jangan lupa pula untuk pulangkan yang sudah dipinjam. Takut niat nak berjimat tapi kena bayar denda pula.

Terdapat banyak pilihan perpustakaan yang boleh anda lawati seperti:

  • Perpustakaan Negara
  • Perpustakaan Negeri
  • Perpustakaan di Universiti
  • Perpustakaan di Sekolah
  • Perpustakaan persendirian
Kredit perpustakaan

Ada juga sesetengah pembaca buku yang memiliki perpustakaan peribadi, suka memberi peluang teman-teman rapat untuk meminjam buku mereka. Namun, ada juga pembaca buku yang kurang gemar memberi pinjam buku mereka. Iya lah risau juga buku sendiri hilang atau rosak. Jika kena dengan caranya, ramai kawan yang ulat buku ini sudi memberi pinjam, cuma awak janganlah pula jadikan ianya harta sendiri. Cuba letak limitasi masa atau waktu pinjaman agar kita boleh disiplin untuk memulangkannya semula.

BACA JUGA  Bagaimana Menjadikan Ramadhan Bulan Merawat Hati

2)     Beli buku second hand

Bercakap tentang membeli buku baru, pasti ramai yang tersenyum-senyum walaupun buku yang sudah ada di rak masih cantik tersusun. Satu kepuasan dapat membeli buku, lagi-lagi jika buku yang dilihat itu sudah lama dimasukkan dalam ‘wishlist’ kita. Kalau tidak memikirkan soal duit, rasanya setiap hari pasti ada buku baru yang menjadi pilihan.

Disebabkan itu, saya suka untuk mengajak kalian semua mengintai-ngintai kedai buku atas talian yang menjual buku-buku terpakai ini. Jika awak rajin, sebenarnya banyak kedai-kedai buku terpakai yang sudah dibuka dan mempunyai pilihan-pilhan buku-buku yang masih elok. Jika sudah tahu buku apa yang ingin dicari, pasti mudah untuk mendapatkannya dengan harga yang rendah. Berkawan dengan rakan pembaca di Twitter juga banyak membantu kerana mereka rajin menjual buku terpakai. Tak kurang juga yang menjual buku baru masih berbalut plastik dengan harga lebih murah. Seronok bila semakin banyak buku yang boleh kita jimat kan.

3)     Beli ebook

Keputusan untuk membeli ebook di Malaysia mungkin agak terbatas kerana pengeluarannya agak terhad, bergantung kepada penerbit. Tapi jika anda gemar membaca novel luar negara, pilihan itu sudah semakin banyak dan pelbagai! Cuba sahaja taip tajuk buku dengan perkataan ebook di mana-mana enjin carian. Selain itu, kalian boleh mencuba aplikasi wattpad atau boleh juga di akses di laman sesawangnya yang turut menjadi pilihan penulis tempatan untuk memberi gambaran awal novel mereka.

4)     Kongsi buku dengan kawan atau adik beradik

Ya saya akui, mood membaca novel-novel berlatarbelakangkan rak buku rumah ini amat mendamaikan. Lagi-lagi jika pilihan novel yang ada itu datang dari pelbagai variasi dan milik adik-beradik kita sendiri! Jadi, keputusan untuk berkongsi minat dengan adik beradik ini membawa keuntungan yang besar kerana kita dapat berbagi peranan dan bajet untuk membeli novel yang masing-masing minati. Tapi dari pelbagai penerbit dan bakal menambahkan pilihan! ☺️

BACA JUGA  Jauhi 5 Sikap Ibu Bapa Toksik Ini!

5)     Beli semasa promosi

Pembaca novel selalunya agak memilih untuk membeli buku yang terlalu mahal. Ini kerana membaca novel selalunya mengambil masa yang singkat untuk dihabiskan. Jadinya, perlu ada back up untuk novel seterusnya yang ingin dibaca. Wujud juga mereka yang susah untuk ‘move on’ jika watak dan penceritaan novel itu mengusik jiwa. Jadi, ramai yang memilih untuk membeli banyak novel ketika ada promosi besar-besaran.

Oleh itu, kami ada berita baik untuk semua! Bersempena dengan Jualan Penghabisan Stok yang bakal berlangsung di imanshoppe.com kali ini, banyak promosi hebat dari pelbagai penerbit bakal berlangsung!

Jadi apa lagi guys, jangan lepaskan peluang bagi mendapatkan promosi besar-besaran untuk semua novel IMAN dan buku-buku lain! Banyak yang boleh kita jimat. Psst, buku-buku baru juga termasuk tau. Dapatkan Novel terbaru IMAN tulisan Auni Zainal dan Aidil Ghazali di imanshoppe.com. Jangan lupa follow Kak Iman di Telegram supaya tidak ketinggalan maklumat dan promosi terkini berkaitan Warehouse Sale ini!

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Penulis Tamu Nadhirah Khairudin | Social media
Marketing Executive

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *