Apa sebab kawan-kawan membaca? Ramai yang jawab, mereka membaca untuk escapism (lari sebentar dari dunia nyata). Ada yang mencari hiburan di balik helaian kertas. Tidak kurang ramai juga yang membaca untuk menambah ilmu.
Apa pun sebabnya, membaca buku secara tidak langsung dapat mendekatkan diri kita dengan Tuhan. Terutamanya jika direzekikan membaca buku yang bertepatan dengan permasalahan kita pada ketika itu. Seolah-olah, tulisan yang dibaca adalah jawapan dan pertolongan Allah untuk kita.
Ini 5 buku yang dapat mendekatkan diri kawan-kawan kepada Allah:
Table of Contents
1. Dear Broken Soul by Liyana Musfirah
Kawan-kawan pernah baca buku bestseller, ‘I Want to Die but I Want to Eat Tteokbokki‘? Buku ini mengambil konsep yang sama tapi kali ini, dengan pendekatan Islam. Dalam buku ini, kita akan menerokai segala perasaan rapuh, yang disembunyikan dalam ruang hati yang paling dalam. Catatan ini disokong dengan catatan daripada psikologis berlesen, Maimunah Rosli, dan bagaimana kita menghidupkan kembali hati kita dengan bantuan Allah.
Kak Iman suka satu quote dalam buku ni:
“What’s beautiful about being broken is that you start to realise how much feelings you carry. You are introduced to the layers of emotions that you never knew were in you all along.”
2. The Art of Letting God by Mizi Wahid

Ada masalah susah nak ‘move on?’ Buku ini mengajak kita untuk menyerahkan segala urusan kita kepada Allah dan tidak berusaha untuk mengawal semua benda. Buku yang Kak Iman sangat rekemen buat mereka yang susah untuk: berdamai dengan masa lalu, memaafkan kesalahan orang lain dan kesilapan diri sendiri, dan buat yang tertanya, bagaimana sebenarnya mahu hidup sekadarnya, berusaha, berdoa, dan selebihnya, diletakkan kepada Allah.
Walau seteruk apapun masa lalu kita, Allah tetap bersama kita. Surrender. Let Go. And move forward with your life.
Buku yang kawan-kawan akan baca lagi dan lagi di kala resah, sedih, dan perlukan kepastian.
Everyday that you wake up in the morning, it’s a sign – the best is yet to come.
3. He Found You LOST, and He Guided You by Ayesha Syahira

Mencari buku dengan bahasa Inggeris yang mudah, dengan bahasa yang menyentuh perasaan dan lembut? Karya Ayesha Syahira yang terbaru ini mungkin paling sesuai untuk kawan-kawan! Bait-bait dalam buku ini lembut sangat hingga mampu menyembuhkan hati yang berduka. Penulis Ayesha Syahira berkongsi pengalaman beliau, tentang perjalanan hijrah untuk memahami, apa erti bertawakal, dan berserah kepada Allah secara sepenuhya.
Selalu ada keraguan soal meletakkan kepercayaan kepada Tuhan untuk urusan hidup kita? Siapa tahu buku ini jawapan kepada dilema kawan-kawan.
4. Hearts That Remember by Sa’diyya Nessar

Pernah baca buku yang ditulis oleh penulis yang dilahirkan dengan ketidakupayaan fizikal? Dalam buku ni, Sa’diyya Nessar menceritakan bagaimana kehidupannya dilalui dengan ketidaksempurnaan, dan bagaimana menerimanya sebagai sebahagian dari hidup kita. Bahawa ketidaksempurnaan bukan sahaja ujian, malah rahmat Tuhan. Sesungguhnya definisi kecantikan daripada Allah sangatlah tidak sama dengan mata manusia. Apa yang Dia nilai adalah sejauh mana hati ini mengingati Pencipta.
“Verily in the remembrance of Allah (SWT) do heart find rest”
(Qur’an, Surah Ar Ra’d : Aayah 28)
5. Dan Tuhan Akan Tetap Menjaga Kita by Fakhri Fadzli

Selepas debut bestseller PBAKL 2022, kini penulis Fakhri Fadzli kembali dengan karya kedua, ‘Dan Tuhan Akan Tetap Menjaga Kita terbitan Tentang Kita Empire. Dalam buku ini, penulis merungkai pesan-pesan sembuh dari Ayat Kursi, termasuklah catatan refleksi ibrah yang diambil dan mengaitkan dengan struggle kehidupannya.
Buku ini tentang meletakkan kepercayaan kepada Tuhan, bahawa Allah sentiasa bersama di sepanjang perjalanan hidup kita.
Senyumlah. Bukan kerana hidup kamu sempurna, tetapi kamu percaya perancangan Allah itu indah.
Berikut adalah 5 buku yang Kak Iman akan cadangkan, khas buat jiwa-jiwa yang sedang berhijrah untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.
Sesungguhnya segala kekuatan itu datang daripada Allah, dan kerap kali juga kekuatan itu dikirimkan melalui aksara penulisan.
Dapatkan buku-buku hebat ini, hanya di imanshoppe.com !