4 Langkah ‘Healing’ Dari Kisah Silam

Melepaskan adalah sesuatu yang sukar bagi kita. Apa lagi kalau masa silam meninggalkan trauma yang kita masih terbawa-bawa sehingga ke hari ini.

Dunia tetap berputar. Kita perlu meneruskan kehidupan.

Apa kata tahun ni kita move on dan melepaskan?

Jom Kak Iman kongsikan langkah-langkah yang boleh kita ambil. 

Terima semua perasaan yang ada

Masa silam boleh mendatangkan pelbagai rasa yang mampu mengelirukan kita. Rasa marah, sedih, takut, tak pasti, dan bermacam lagi perasaan yang sukar untuk kita sendiri kenalpasti.

Untuk ‘move on’, pertama sekali kita kena belajar mengatakan, ‘It’s okay’ untuk semua perasaan ini.

Kita kan manusia?

Tutup buku lama, buka buku baru

Sudah sampai masa kita terima bahawa semua yang kita alami itu berlaku pada masa lalu.

Sayang kan kalau kita mengulang kembali kesakitan masa silam, seolah-olah kita sedang mengalaminya sekali lagi?

Tuhan ada banyak nikmat yang nak diberi kepada kita. Namun terlebih dahulu, kita kenalah sediakan ruang agar lebih banyak momen indah dapat mengisi hari kita. 

Rasionalkan apa yang berlaku

Sebelum itu, mungkin ada yang tertanya, “Apa itu merasionalkan perasaan?”

Ini adalah proses di mana kita berfikir secara objektif, beberapa kemungkinan kenapa seseorang itu pernah melukakan kita.

Mungkin dia datang daripada latar belakang keluarga yang berantakan.

Mungkin dia juga terkesan dengan masa lalu sehingga meninggalkan trauma. Hingga dia akhirnya melukakan orang lain pula. 

Untuk bersifat rasional, tak semestinya kita kena ada semua maklumat dalam tangan kita.
Ini yang kita panggil husnudzon iaitu bersangka baik dengan segala yang berlaku.

BACA JUGA  5 Tahap Kesedihan Yang Anda Kena Tahu Bila Kehilangan Orang Yang Tersayang

Lihat apa yang berlaku secara menyeluruh

Bila kita dapat melihat secara ‘bird’s eye view’, apa yang berlaku dalam hidup kita, lebih mudah untuk kita ‘move on’. Sekecil-kecil perkara yang berlaku kepada kita, semuanya bersebab.

Bila kita mampu melihat secara ‘big picture’, kita akan sedar bahawa ada sesuatu istimewa yang Allah sedang sediakan untuk kita. Bahawa jalan yang kita lalui ini tidaklah sia-sia.

‘When we get to see what’s happening, and when we are able to view the progress of how things are developing, we feel much more assured. Even though something is not ready for us yet, we know work is ongoing, and soon enough, we’ll get what we’ve been waiting for.’

– The Art of Letting God by Mizi Wahid

Ketetapan Tuhan tidak pernah salah. Tidak terlalu awal dan tidak terlalu lewat. Dan Dia juga Maha Mengetahui perancangan istimewa untuk kehidupan kita.

Berminat untuk ambil langkah seterusnya untuk healing?

Dapatkan buku The Art of Letting God di SINI

Buku healing yang boleh didapati di imanshoppe.com
Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Penulis Tamu Husna Rosli | Social media

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *