10 Buku Pilihan Hantaran Kahwin 2022

Pelbagai hadiah yang boleh dijadikan sebagai hantaran kahwin. Buku antara yang sering menjadi pilihan para pengantin. Hari ini terdapat pelbagai buku bertemakan alam rumah tangga yang berada di pasaran. Tinggal pilih nak mana satu yang bersesuaian dengan situasi kedua pasangan.

1) 50 Talian Hayat Untuk Suami Isteri

Buku ini didatangkan dengan bentuk yang menarik. Bukan sekadar padat dengan pesan-pesan rumah tangga tetapi ia turut dihiasi dengan ilustrasi berwarna dan ruangan refleksi yang ditulis oleh pembaca sendiri. Buku kecil ini sarat dengan mutiara kata dan saranan berguna khususnya buat suami dan isteri yang mahu melihat masa depan yang lebih cemerlang dan harmoni. 

Banyak nasihat yang diwariskan dan diperturunkan daripada dua generasi penulis ini kepada pasangan yang sedang berhadapan dengan konflik dan pertelingkahan dalam hubungan seharian. Semoga dengan membaca buku ini dapat membantu pasangan baru berumah tangga untuk bersedia menghadapi konflik kerana tiada rumah tangga yang tidak akan melalui konflik.

2) Sekufu

Buku ini sangat sesuai dibaca dan diulang baca pada fasa perkahwinan apa pun. Ia membicarakan tentang bagaimana membina keserasian dan membentuk persefahaman dalam rumah tangga. Menarik apabila dua penulis dari generasi berbeza dan jantina berbeza membincangkan topik ini. Pembaca dapat melihat dari kedua-dua sudut pandang. 

Melalui buku ini, Aiman Azlan & Dr Harlina menghuraikan punca permasalahan yang sering terjadi dalam rumah tangga berserta solusi praktikal yang boleh diaplikasikan oleh pasangan suami isteri dalam usaha membina keserasian dalam perhubungan.



3) Membina Rumah Tangga Syurgawi

Buku ini memfokuskan bagaimana membina rumah tangga yang memiliki misi untuk mencapai syurga abadi. Ketahui rahsia dan hayati nasihat-nasihat membina rumah tangga berdestinasikan syurga dalam karya ini. Buku ini mengumpulkan pesanan yang berstrukturkan amalan keluarga Rasulullah s.a.w. yang menuju keredhaan Allah.

Bermula dengan mengukuhkan asas akidah iaitu mentauhidkan Allah, kemudian disusuli mengikuti sunnah dan sirah yang dilalui oleh para salafussoleh. Malah turut dikongsikan doa-doa yang boleh diamalkan untuk mencantikkan ibadah kita dan membentuk peribadi mulia dalam rumah tangga.

BACA JUGA  Podcast Untuk Hati Yang Kosong

4) Unbreakable

In Unbreakable, Aiman Azlan encourages us to change our perspective when it comes to love and relationship, that it is not something you fall into but something that you need to prepare and work for.

Not only does this book provides practical steps toward managing love, but it also guides readers on how to embrace and navigate the emotional aspect of an interhuman relationship.

5) Haqq-haqq Laki Bini

Buku ini adalah terjemahan dari karya arab yang telah diterjemahkan pada tahun 1932. Turut disertakan teks asal jawi dalam buku ini.

Buku ini mengandungi sepuluh ḥaqq suami ke atas isteri, dan juga sepuluh ḥaqq isteri ke atas suami. Jumlah ḥaqq yang sama, tetapi dengan kandungan ḥaqq yang berbeza: supaya tiada ungkitan siapa yang lebih berkuasa. Setiap ḥaqq yang dinyatakan adalah berdasarkan dalīl al-Qur’ān dan Sunnah,kerana al-Qur’ān adalah farmasi kehidupan, dan Sunnah adalah panduan perjalanan.

Buku ini juga harus menjadi bekalan buat lelaki dan wanita yang hendak melangkah ke ‘ālam perkahwinan, dan juga makanan yang dihadam buat suami dan isteri yang telah pun mengemudi bahtera rumah tangga.

6) Rahsia Pengantin Baharu

Rahsia Pengantin Baharu ialah sebuah khazanah karya ‘ilmu perkasihan Jāwī. Bahagian awal karya ini ialah naṣīḥat perkahwinan untuk orang tua, bakal suami dan bakal isteri, termasuklah menjelaskan pemeliharaan keṣihatan dan kebersihan bakal mempelai.

Selanjutnya, karya ini membicarakan persediaan malam pengantin dan saat-saat menjalinkan hubungan kelamin dengan bahasa yang nyata dan tertib. Istimewanya penulisan ‘ilmu perkasihan ini tidak menonjolkan kelucahan mahupun berṣifat erotis.

7)  Keys to a Successful Marital Life

Buku ini ditulis dalam bahasa Inggeris. Penulis lebih banyak memfokuskan panduan dan pesanan buat para perempuan sebelum bergelar isteri dan ketika telah berumah tangga. Ditulis dengan ringkas dalam setiap bab bagi menjawab persoalan-persoalan yang sering bermain di fikiran para isteri seperti bagaimana ingin memenangi hati suami dan  bagaimana membina rumah yang penuh dengan kegembiraan.

BACA JUGA  Bagaimana menentukan sekufu dalam perkahwinan?

8) Healthy Muslim Marriage

Unlocking the Secrets to Ultimate Bliss. This book is an indispensable marriage guide. With a wealth of experience and a warm sympathetic tone, the author Shaykh Abdur-Rahman ibn Yusuf Mangera brings the insight of a scholar with thousands of hours of spiritual and marital counselling practice and Islamic erudition to this crucial subject. This book discusses the marriage contract and wedding ceremonies, how to build a successful relationship, sexual Intimacy, romance and etiquette, dealing with marital problems and divorce.

9) A Gift for a Muslim Bride

This book, truthfully, is an ideal gift to Muslim sisters (brides) and women in general, as it mainly deals with the concerned affairs of marital life according to the Qur’an and Sunnah; touching upon topics like the excellence of a righteous wife, her attributes and duties to her husband.

It also contains stories of exemplary women, pieces of advice and other precious parting advices as a light of guidance. By practising them, a home can become a garden of Jannah (Paradise).

This edition has been improved and revised, with authenticated sayings and references for readers to gain beneficial insight into maintaining a beautiful marital life.

10) Asam Garam Rumah Tangga Nabi 3

Buku ini  menghidangkan babak-babak interaksi Nabi dengan ahli keluarga dan kerabat Baginda. Bagimana nabi berinteraksi dengan bapa saudara, menantu, mentua, besan, ipar duai dan ahli keluarga yang lain. Setiap kisah dalam buku ini didatangkan dengan hadis-hadis yang boleh menjadi panduan kita. Banyak rupanya kisah-kisah yang belum diketahui.

Antara cabaran terbesar selepas berumah tangga adalah bagaimana ingin berinteraksi dengan keluarga yang lebih besar. Menyantuni dan memenangi hati ahli keluarga. Buku ini boleh menjadi panduan asas untuk kita.

Dapatkan semua buku-buku ini di Imanshoppe.com

Kongsikan artikel ini dengan followers anda

Hidayah Hamid | Social media
Content Writer IMAN

1 thought on “10 Buku Pilihan Hantaran Kahwin 2022”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *